Sejarah di Borneo khususnya Sabah menarik perhatian kami terutamanya etnik kaum Kadazandusun dan tradisi mereka dalam pemburuan kepala.
Kami mengambil peluang untuk mendalami topik ini sebagai satu kumpulan dengan tujuan untuk memahami sejarah dan pada masa yang sama, ilmu yang kami timba boleh disebarkan kepada masyarakat umum amnya.
Ahli Kumpulan
Cikgu Chong Set Fui
Carl Chan
Aireen Chin Yuet Yi
Chee Wei Qi
Dyanielle
Alva
Cydney
Trinity (Semua Ahli)
Alva
Cydney
Natalie
Trinity
Natalie
Kadazandusun
Sebenarnya, banyak kaum di Sabah mempunya tradisi pemburuan kepala seperti Murut. Tapi kami lebih memperhatikan kaum Kadazandusun kerana kumpulan kami mempunyai ahli berkaum Kadazandusun.
Sumber gambar: Muzium Negeri Sabah
Kaum Kadazandusun

Sejarah pemburuan kepala oleh etnik kaum Kadazandusun dikaitkan dengan Monsopiad.
Monsopiad mempertahankan dan melindungi orang kampung daripada serangan perompak yang berterusan dan berjaya dalam misinya.
Musuh yang ditewaskan dipenggal kepala sebagai amaran kepada perompak agar tidak lagi menyerang perkampungan etnik Kadazandusun.
Kepala perompak-perompak telah disimpan dan sehingga kini, masih berada di Monsopiad Cultural Village. Penampang.
Gambar tersebut menunjukkan ukiran wajah Monsopiad.
Sumber gambar: Monsopiad Cultural Village
Untuk Pemburuan Kepala

Mandau.
Pedang ini sering digunakan dalam medan pertempuran dalam kalangan etnik Kadazandusun.
Senjata yang jarang ditemui ini berasal dari Kalimantan.
Sumber gambar: Muzium Negeri Sabah
Gayang
Pedang Eropah ini dikaitkan dengan pemotongan kepala musuh dalam medan pertempuran dalam kalangan etnik Kadazandusun.
Sesetengah masyarakat Kadazandusun juga menggunakan pedang ini sebagai salah satu peralatan ritual
Sumber gambar: Muzium Negeri Sabah
Dalam Kaum Kadazandusun

Pemenggalan kepala dianggap sebagai tanda kekuatan dan keberanian di medan perang.
Kepala musuh akan disimpan sebagai bukti keberanian dan akan dijadikan trofi.
Pemenggalan kepala juga mempunyai nilai spiritual yang penting.
Kepala musuh dianggap memiliki kekuatan magis yang akan memberikan Kepala musuh dianggap memiliki kekuatan magis yang akan memberikan keberuntungan atau perlindungan bagi pemburu kepala dan komuniti mereka.keberuntungan atau perlindungan bagi pemburu kepala dan komuniti mereka.
Pemburu kepala juga akan dihormati dan dianggap sebagai pahlawan.
Sumber informasi: Muzium Negeri Sabah
Sumber gambar: Monsopiad Cultural Village
Oleh Pemiliknya

Kepala yang dipenggal akan diletak di rumah pemburu kepala dan dijadikan trofi.
Pemburu kepala mengguna Bangkawan, himpunan kepala manusia yang diikat bersama-sama dengan daun silad.
Kadangkala kerang laut dan tulang binatang juga diikat bersama. Dahulunya, Bangkawan digantung pada kawasan rumah Kadazandusun.
Sumber informasi dan gambar: Muzium Negeri Sabah

Di Tengah ialah Hosungan,ia merupai tempat tinggal Diwatos. Hosungan diperbuat daripada porselin.
Ganding/Sindawang:Di kanan,Ganding atau Sindawang berfungsi sebagai alat bunyi-bunyian mengiringi Bobohizan/Bobolian membara rinait(mentera).
KombuongoDiperbuat daripada batang dan rizom tumbuhan kombuoango. Semangat kombuongo akan menolong bobohizan/bobolian semasa upacara ritual
Sumber informasi dan gambar: Muzium Negeri Sabah
Taming Kayu
Taming kayu ini digunakan sebagai alat ritual di kalangan masyarakat Kadazandusun.
Taming adalah sesuatu yang jarang ditemui di Sabah.
Taming ini tentunya digunakan dalam perperangan pada asalnya tetapi penggunaan telah berubah kemudiannya.
Sumber informasi dan gambar: Muzium Negeri Sabah
"menenangkan" Roh-Roh
Salah satu ritual yang dilakukan adalah "Mamahui Pungiton" atau "Mamahui Ginawo", yang merupakan upacara pemakaman kembali kepala yang dipenggal.
Dalam upacara ini, kepala yang dipenggal dimakamkan kembali dengan penuh penghormatan dan doa-doa khusus yang dipimpin oleh pemimpin adat atau tokoh agama setempat.
Upacara ini bertujuan untuk memberikan ketenangan kepada roh-roh yang terlibat dan memastikan bahwa mereka berpindah ke alam selanjutnya dengan damai.
Selain itu, dalam kepercayaan Kadazandusun, terdapat juga praktik-praktik lain seperti pembakaran dupa, mempersembahkan sesajen, dan mengadakan ritual khusus untuk menghormati roh-roh yang meninggal dengan cara yang sesuai dengan tradisi dan keyakinan mereka.
1. Bagaimana masyarakat hari ini mempertahankan budaya pemburuan kepala?
Masyarakat hari ini mempertahankan budaya pemburuan kepala melalui penyelidikan sejarah, pameran budaya, dan peningkatan kesedaran terhadap warisan budaya tradisional.
2.Sebagai generasi muda hari ini, bagaimana kita mempromosikan budaya tradisi kepada masyarakat luar?.
Antaranya, kita boleh memberikan pendidikan dan Informasi tentang dengan budaya tradisi kepada masyarakat luar. Selain itu, kita haruslah mengadakan festival budaya di tempat-tempat umum seperti sekolah. Seterusnya, kita mestilah memanfaatkan platfom media sosial untuk membagikan informasi tentang budaya tradisi. Akhir sekali, kita wajib mengembangkan produk-produk atau bisnis yang berbasis pada budaya tradisi lokal.